toneexcelerz

Thursday, 4 June 2015

5 Tips langsai hutang - 1. Kawal emosi & Fikiran



Zaman sekarang hampir semua orang menanggung hutang dan hutang wajib dilangsaikan. Islam adalah cara hidup, maka Rasulullah sudah pasti memberi panduan untuk umatnya melangsaikan hutang. Kerana pasti :
"TIADA SEORANG PUN INGIN BERTEMU DENGAN PENCIPTANYA DALAM STATUS PENCURI."
Berikut adalah doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada kita yang baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang.
“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia.”
Berdasarkan doa di atas ada 5 perkara penting yang perlu kita amalkan dalam melangsaikan hutang.

1. Berlindung dari Kesusahan & Kedukaan- Kawal emosi & Fikiran


Kita tahu kita ada hutang, tetapi jangan kegagalan kita membayar hutang memberi fikiran & emosi negatif kepada diri kita. Tanam dalam jiwa yang kita mampu melangsaikan hutang tersebut. Teruskan pemikiran positif bahawa suatu hari nanti kita akan bebas dari bebanan hutang.

 klik link di bawah untuk ubah hidup anda:

No comments:

Post a Comment