toneexcelerz

Saturday 30 May 2015

GST

Ramai ingin kaya dan senang tapi tak nak susah.
Ramai ingin merubah kehidupan namun tak mahu keluar zon selesa 'comfort zone'.
Lebih kurang 5% sahaja yang mampu berubah dan keluar dari zon selesa.
Sejak GST dilancarkan:
*Kerajaan bekukan pengambilan penjawat awam.
*Banyak syarikat buang pekerja.
*Banyak harga barang naik walau tiada GST.
*Barang turun harga ada tapi sikit dan bukan keperluan.

Malam ini sambung online sharing dalam webinar S.O.M.. .
Allhamdulillah luang sedikit masa ambil ilmu bagi mengubah nasib dan menambah saving sambil membayar GST.


Friday 29 May 2015

M.E.S.T.I


Upgrade bisnes kita dengan sistem.

Kata mentor saya kita buat kerja dengan akronim ini:


M.E.S.T.I

Mentor kena ada untuk dapat ilmu

Elmu mesti ada baru faham 

Sistem bagi memudahkan cara

Tindakan kena ada baru bergerak

Impian kita kemana yang paling penting

Thursday 28 May 2015

Botol & isinya


1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...💰

2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...💰💰

3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...💰💰💰

4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.💰💰💰💰💰

5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.


Semoga diri kita diisi dengan ilmu dan amal yang baik dan berguna.
Biar seperti botol yang diisi madu yang memberi kebaikkan dan mampu menjadi ubat.
Jangan menjadi botol kosong yang diisi air kotor yang tiada gunanya.

Wednesday 27 May 2015

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Moga DiPelihara
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. 
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008
P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.


  • 18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
  • 7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
  • 23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
  • 14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.
  • 13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.
  • 8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan
  • 6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain

    lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
  • 5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.
  • 13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
  • 8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.
  • 17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.
  • 23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  • 17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.
  • Tuesday 26 May 2015

    Lumrah makan gaji


    Ini kehidupan yang dilalui kita yang bekerja makan gaji.
    Bayangkan jika mereka duduk sama taraf dan manager tukar kepada Leader.
    Semoga kita dapat keluar dari sistem ini.
    Yang makin tinggi makin besar gajinya.
    Yang makin rendah makin rendah hasilnya.

    Jom ubah kerana Manusia ini setaraf biar kita kerja biasa tapi kita hidup luar biasa.

     klik link di bawah untuk ubah hidup anda:

    Monday 25 May 2015

    Marketing clean & clear..

    Gambar di atas menunjukkan contoh marketinng clean & clear..

    Mudah je letak photo menu atas meja.
    Orang order tunjuk je gambar air. Gambar air biar mengiurkan tekak yg dahaga.
    Sebab selalu bila sampai kedai,ramai orang akan fikir nak minum air apa.Minta menu tapi tanya air yang tiada dalam list
    Last last air kosong satu..ikat tepi....huhuhuhu....

    Sunday 24 May 2015

    Aktif, pasig @ proaktif income

    Aktif income-->> Buat keje/jual barang duit masuk.
    Pasif income -->> Buat keje skali & duit masuk berkali kali.
    Proaktif income-->> Labur duit sikit dapat pulangan banyak
    Jadi terpulang anda memilih cara buat duit.
    Jika cara saya..laburkan pada ilmu dan ilmu untuk dapatkan pasif dan aktif income lebih banyak..InsyaAllah.
    Pelaburan ilmu ilmu di Akademi SOM 100%.

    Saturday 23 May 2015

    Hidup Luar Biasa.


    Selalu rutin hidup orang biasa bangun tidur pergi kerja dan petang balik kerja.
    Orang luar biasa punyai rahsia rutin harian dari pagi hingga ke malam.
    Kerna setiap saat itu berharga.
    Tips nya Jagalah setiap:
    Kesihatan rohani
    Kesihatan fizikal
    Kesihatan minda
    Agar bersih kolam jiwa.
    Semoga berjaya luar biasa sahabat.

    Friday 22 May 2015

    Pengurusan Keewangan

    Semalam kelas webinar sedut ilmu berkenaan pengurusan keWangan.

    Kalau income masuk satu tapi keluar banyak maka susut nilai makin cepat.

    Tapi kalau income banyak cabangnya walau sikit tapi konsisten maka susut nilai perlahan lahan.

    Dan yang lagi bagus bila income datang dari pasif income..kita tidur, kita bercuti atau kita cuti sakit.

    Income tetap masuk..

    InsyaAllah.

    Tahniah bagi yang da kaya.

    Yang belum kaya jom kita kaya bersama sama.


    Kaya ilmu jana pasif income.
    Kaya dunia dan akhirat.

    Daftar disini:
    --> www.formulasom.com/yamanidris

    Thursday 21 May 2015

    TAHNIAH IMKK 2015



    Tahniah untuk batch IMKK Mei 2015.
    Semoga anda kaya dan berjaya..
    Sedut ilmu dan elmu dan berkenal kenalan antara kawan yang lain.
    Kejayaan kita akan datang hasil dari Tindakan kita hari ini.

    Kepakaran Anda

    Ada orang pakar dalam bidangnya..
    Kepakarannya dapat membantu orang lain.
    Cari dan bina kepakaran diri sendiri..
    Dengan niat untuk selesaikan masalah dan membantu orang lain.
    Contoh:
    Pakar memasak dan dia mampu masak makanan yang sedap2 dan banyak.
    Add on atau Tambah nilainya bila makanan yang dimasak dihantar ke depan pintu rumah kita.
    Bantu masalah orang yang tiada kenderaan.
    Tahniah semua pakar yang mampu buat orang lain tersenyum.Manfaatkan kepakaran anda.